Sunday, January 30, 2011

Rapuh

Rapuhnya hati ini, rapuhnya Cinta ini kepada Dia, rapuhnya diri dalam menjalankan ketaatan...
For you guys, yang sering ziarah ke blog ini..saya hadiahkan lagu ini untuk muhasabah bersama..
Hakikatnya..kita terlalu rapuh, seperti kaca yang terlalu fragile...astaghfirullahala'zim

Terimalah....
Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, December 9, 2010

Pagi yang Indah

Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang indah
jendela dibuka dan terlihat sawah nan hijau terbentang indah
burung terbang mencari makan
hujan renyai-renyai

begitu juga, hujan jua diri ini
serenyai hujan pada pagi itu
melihat kebesaran Maha Agung
begitu banyak nikmatNya
lantas diri ini tertanya-tanya
'nikmat mana lagi yang aku dustakan?

terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan
hujan yang menyirami tanah
udara yang segar pada pagi itu
masih lagi bisa mendengar burung berkicauan bertasbih memujiMu
Nikmat yang mana lagi aku dustakan?

Pagi itu..
Burung tetap terbang berkawanan mencari rezeki buat anak-anaknya barangkali
hati tersentuh melihat kalian wahai burung
betapa kalian begitu tegar menjalankan amanah Tuhan
tetap terbang menjaga keseimbangan alam

Pagi yang indah itu..
pohon tetap berdiri
saujana mata memandang
betapa cemburu hati ini
melihat kau tetap berdiri utuh menjalini titah tuhanmu
tidak pernah kau mengeluh wahai pohon-pohonan
aku malu pada kalian

Pagi yang indah ..
aku malu
pada alam
gunung-ganang, sang matahari, awan, pelangi, air yang mengalir bahkan angin sepoi-sepoi bahasa
aku malu sungguh pada kalian
betapa kalian tetap bertasbih memuji asma maha Agung
sedangkan diriku jauh dari semua itu
tidak pernah kalian mengkhianati titah itu dengan maksiat
jauh berbeza dari diriku
aku malu

Pagi yang indah itu
butir-butir jernih luruh dari kelopak mata
aku malu
pada alam dan seisinya
aku terlalu malu
pada Dia
Hakikatnya Dia menyaksikan aku setiap detik
dia maha mendengar
aku terlalu malu
aku tidak setegar alam ini dalam sujud mereka padaMu
aku tewas dalam nafsu amarah
aku kalah dalam permainan licik musuh tradisiku
aku malu

Pagi yang indah
dan hujan pun mula mengundurkan diri
yang kelihatan hanya lah tanah yang basah
hati ini jua basah
taubatku padaMu
mahukah kau menerimanya?
aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang lalu
kerana hakikatnya aku tetap berbuat dosa berulang kali'
Syurga
dambaan hati
sebaik-baik kampung halaman yang abadi
Layakkah aku?

Pagi yang indah itu
menjadi saksi antara aku dan Dia

muhasabah cintaku











Wednesday, December 8, 2010

MEMORI

Assalamualaikum wbt

dalam perjalanan menuju ke alor setar baru-baru ni, minda saya tiba-tiba digigit ingatan. Ingatan terhadap insan-insan yang bernama sahabat. Mereka pernah menemani saya dalam perjalanan ini. Segala memori tersemat kukuh di hati.

Sahabat..kenapa kita bersahabat?
Entahlah. Mungkin secara fitrahnya kita memang memerlukan sahabat. Seperti kata-kata Intan, kawan lain, sahabat lain dan untuk mencari sahabat sangat susah. Tetapi kawan memang berselerakan.
Ada benar kata-kata Intan.

Secara tersirat, apa yang kita dapat lihat dari seorang sahabat. Sahabat adalah anugerah Allah. Ternyata Allah mencintai kita, diberikan kita seorang sahabat bagi menjalani kehidupan ini. Allah tidak ingin kita kesunyian lalu kita ada sahabat sebagai pengubat kesepian, Dia tidak mahu kita terus melakukan kesalahan, jadi dititipkan sahabat untuk menegur kita.

Sudahkah kita menerima sahabat kita seadanya. Biarpun dia jelek, kalau tidur mesti berdengkur, ataupun sudah seringkali menyakitkan hati.. Tetapi kalau dia mencintai kita kerana Allah, maka satu kemestian bagi kita untuk menerima dia seadanya dan menghargainya. Bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini!
Jangan menyesal satu hari nanti, andai  sahabat itu sudah berlalu pergi, ianya hanya tinggal MEMORI, dan kita mulalah mengenangi segala kebaikannya.

Memori itu..
Sahabat yang menemani saya di 'jalan ini' sering silih berganti. Salah satu faktor pemisah kami seperti statusnya sekarang sudah berubah kepada seorang zaujah dan saya masih lagi single. Itulah salah satu faktor yang menjarakkan kami. Bagaikan terbina 'baoundary' diantara kami. Kata orang, kalau sahabat kita sudah berkahwin, kita terpaksa merelakan bahawa kita telah kehilangannya.

Itu tidak jadi masalah. selagi kita masih teguh di 'jalan' ini, pasti Allah akan mengurniakan kita sahabat lagi. No worries,ok! Selagi kita bersungguh-sungguh mahu berada di jalan cinta para anbia dan kekasih Allah,pasti kita  akan ketemui sahabat sejati.

Ingat bahawa walau berapa jarak yang memisahkan kita dari sahabat, atau apa jua faktor pemisahnya, maka yakinlah bahawa pasti syurga lah tempat bertemu kembali. Reunion yang abadi adalah di Syurga nanti.

Moga Allah mempermudahkan pertemuan kita nanti. Jangan ada satu pun diantara kita yang tercicir dari Reunion nanti..

Doakan sahabatku, moga ukhwah ini berpanjangan. Ameen

Tuesday, December 7, 2010

Selamat tinggal 1431h..salam Maal Hijrah 1432h

Assalamualaikum wbt..

Terasa cepat masa berlalu..tik tok tik tok..sedar atau tidak.. sudah menjangkau garisan permulaannya tahun 1432 hijrah
Astaghfirullah..apa yang sudah dilakukan sepanjang hidup, sejak kita mula menyedari mengapa kita dihiupkan ..Sudah beberapa kali maal hijrah menyapa.. tetapi diri masih di takuk yang lama...masih menjadi manusia yang sama, dan nauzubillah, malang sekali jika makin teruk dari tahun ke tahun,makin jalan mendabik dada di atas muka bumi ini...Astaghfirullaha'lazim..


Hijrah? Apa yang kamu tahu tentang hijrah?
Adakah hanya sekadar tahu kisah mengenai seorang 'manusia agung ' berpindah dari makkah al-mukaramah ke yathrib? itu saja kah yang diketahui? 


Ambillah iktibar dari kisah hijrah...tidak ada satu pun kisah yang terjadi dalam sirah manusia yang digelar 'rahmatan lil alamin' tidak mempunyai mesej yang cuba disampaikan oleh Allah. Pasti ada!
Jangan belajar sejarah hanya sekadar untuk tahu..


H.I.J.R.A.H


selalunya ramai yang akan memberikan gambaran bahawa, ianya adalah satu perubahan. Hijrah? jawapan  paling common : perubahan menjadi lebih baik... 


B.E.R.U.B.A.H


Memetik kata-kata seorang pendakwah alias blogger kepada saifulislam.com, tiada perkara yang lebih susah daripada berubah dan ada orang yang sanggup 'hidup susah' kerana tidak sanggup berubah..
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita seorang yang rela untuk hidup susah dari berubah? Fikir-fikirkanlah.. moga setiap fikir membuahkan zikir.. zikrullah dan zikrulmaut...


A.N.A.L.I.S.A


Sekarang adalah masa untuk menganalisa diri, menganalisa diri sendiri, tidak perlu mempertajamkan mata menilai orang lain, padahal hakikatnya kita menjadi lebih lupa untuk memperbaiki diri lantaran mersakan diri lebih hebat dari orang dengan hanya selalu mencari-cari kesalahan manusia lain. Jujurlah pada diri. Apakah kelemahan diri. Di mana letaknya kekuatan diri. Sebelum analisa, muhasabahlah diri..Dari mana asal dan tempat kesudahan.Apakah tujuan hidup? Barulah anda perlu jujur menilai adakah diri ini  masih berada di landasan yang betul atau tidak. Nilai diri mu sebelum orang lain menilainya...


I.S.L.A.H


Sudahlah. Umur kita tidak panjang. Tidak perlu mencari ayat penyedap hati, 'Im still 20, so enjoy first..' Boleh jadi masa tidak mengizinkan kita berumur 21 atau seterusnya. Tidak perlu mencari alasan..Tidak mampu.. Tidak mampu atau tidak mahu?


Akhir kalam, Kemasukan ke 'Syurga Allah' adalah limited. Sangat terhad. Hanya untuk insan-insan HEBAT. Syurga Allah sudah tersedia untuk baginda S.A.W manusia yang paling sempurna, Abu Bakar al-siddiq, Umar si faruq, Thalhah si syahid yang berjalan, Saad si singa yang menyembunyikan kukunya dan insan-insan yang sangat hebat dan luar biasa. Insan biasa yang mampu menjadi luar biasa. Mereka mempunyai kekuatan luar biasa dalam bermujahadah, singa di siang hari & seorang Abid di malam hari.


Bagaimana dengan diri ini?
Qualified kah kita untuk ke syurgaNya?
the point is, tiket untuk ke Syurga adalah dengan menjadi manusia Hebat, Insan biasa, namun semangat dan usahanya luar biasa. mereka insan yang pelik sehingga di gelar ghuraba'. Mereka layak di beri award iaitu KeredhaanNya & SyurgaNya.


Berubah adalah satu pilihan atau kemestian? Ya, ia adalah satu Kemestian dan memerlukan kekuatan mujahadah yang luar biasa bagi mendidik hawa nafsu yang lebih cenderung kepada dunia.
Berubah bisa dijadikan pilihan oleh seseorang. Tetapi ingatlah, kegagalan untuk menjadikan perubahan & pengislahan diri sebagai perkara yang mesti, takut-takut Syurga tidak menjadi kemestian terhadap kita, dan harus pula memilih neraka!


Sesungguhnya, Allah tidak bisa merubah kita. (Surah 13:11)


Jalan mujahadah adalah pahit, tetapi menjanjikan kemanisan diakhirnya.. Kemanisan pada perakhiran iaitu Syurga.


Katakan TAK NAK pada nafsu amarah & iblis laknatullah, kita mampu merubahnya.


Fasa pengislahan diri dan mujahadah. Doakan..





mesti tonton: http://www.youtube.com/watch?v=KM5w7y_PGjI

Thursday, November 18, 2010

Madeehah

Assalamualaikum










This is madeehah and I..
This photo was taken last semestre break

Who is Madeehah?
My friend's daughter
2 years old
cute and smart girl...

Who is Madeehah?
I also can't describe it with words
but something I can say that I LOVE her very very much

I want her to know , 1 day, one of people that love her besides her parent is me..

Ammah sayang kamu!
tribute to Ukhti Balkhis..

Monday, October 25, 2010

Entri khas: Untukmu & diriku yang bergelar 'Pendakwah Muda'

Assalamualaikum w.b.t..

Semoga diri dan iman kalian sihat-sihat sahaja hendaknya...
Entri kali ini ditujukan kepada diri ini dan sahabat-sahabat yang sudah lama menemani saya di 'jalan ini' atau yang baru mengenali diri ini..Uhubbuki fillah ya ukhti..

Kita adalah 'pendakwah muda'..
kita masih muda dan baru nak mengenali seperti apa dunia ini...
Alhamdulillah, dengan hasil penelitian Nya, kita dipilih olehNya untuk tersentuh dengan tarbiyah ini..
Dan kita pun mula melakukan perubahan diri..
Dari 'pakaian yang vogue atau stylo' kita sudah mengenali 'kriteria berfesyen' seperti yang tercatat dalam surah an-nur,
Kalau dulu ipod yang menemani di waktu stress, tetapi kini al-Qur'an yang mententeramkan hati tatkala diri diuji..
Dari 'banyak ketawa' kepada 'banyak menangis' lantaran  rasa takut dan rindu untuk bertemu dengan Dia...

Bukan itu sahaja ukhti..

Masih ingatkah sewaktu kita di sapa satu perasaan aneh..
satu perasaan bimbang...
perasaan yang membuatkan 'kita' tidak dapat tidur dengan lena..
Bimbang tentang umat ini...

Umat ini... yang sudah pincang akhlaknya..sudah hilang arah tujuannya..
Hidup bagaikan binatang, yang hanya hidup sekadar memuaskan nafsunya sahaja...
di serang dari pelbagai sudut, sehingga tidak lagi bertuhankan 'Allah'

Perasaan bimbang ini melahirkan rasa kasihan dan simpati
Melihat 'mat rempit'& 'bohsia' di jalanan membuatkan kita ingin mendekati 'mereka'
'mengejutkan' mereka dari tidur yang panjang dan mengasyikkan...

Tetapi sungguh ukhti..
Dalam perjalanan yang jauh dan memenatkan ini..
Kadang rasa bimbang itu makin luntur dari kita
membuatkan kita makin kurang bekerja dan kadang-kadang ada sesuatu ketika hati kita dipenuhi dengan 'dunia'.. Astaghfirullah...
Runsinglah atas kehilangan kebimbangan terhadap umat ini...
Runsinglah di saat hati mu makin cenderung kepada dunia dan seisinya...
Runsinglah jika kita adalah pendakwah yang disibukkan dengan dunia melebihi dari mengingati Allah & berdakwah...

Astaghfirullah...

Jangan dilenturkan semangat MUDAmu... Kerana kita adalah pendakwah MUDA..
Ayuhal Syabab!
Muda itu mengandungi satu semangat yang kuat...

Orang MUDA tidak boleh hilang semangat, orang TUA jangan kehilangan hikmah!

''Selonggok manusia dalam kesesatan, siapa yang mengaku mahu bertanggungjawab? Jika tidak ada yang mahu bertanggungjawab...biarlah saya yang menanggungnya samada sebahagian atau kesemuanya."
~Ustaz Rahmat Abdullah~
-Sang Murabbi, mencari spirit yang hilang.

Jazakumullah khairan khatira for reading this entry!

Tuesday, October 12, 2010

7 sunnah Rasulullah yang harus dijaga setiap hari!

1. Tahajud ; kemuliaan seseorang terletak pada tahajudnya.

2. Tilawah al-Qur'an sebelum terbit matahari.

3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu subuh;masjid merupakan pusat keberkahan

4. Solat sunat Dhuha; memurahkan rezeki.

5. Sedekah

6. Menjaga wudhuk; dijaga malaikat dengan 2 doa: ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.

7. Istighfar setiap saat.


Selamat beramal!

Thank you for reading this entry!