Thursday, December 9, 2010

Pagi yang Indah

Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang indah
jendela dibuka dan terlihat sawah nan hijau terbentang indah
burung terbang mencari makan
hujan renyai-renyai

begitu juga, hujan jua diri ini
serenyai hujan pada pagi itu
melihat kebesaran Maha Agung
begitu banyak nikmatNya
lantas diri ini tertanya-tanya
'nikmat mana lagi yang aku dustakan?

terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan
hujan yang menyirami tanah
udara yang segar pada pagi itu
masih lagi bisa mendengar burung berkicauan bertasbih memujiMu
Nikmat yang mana lagi aku dustakan?

Pagi itu..
Burung tetap terbang berkawanan mencari rezeki buat anak-anaknya barangkali
hati tersentuh melihat kalian wahai burung
betapa kalian begitu tegar menjalankan amanah Tuhan
tetap terbang menjaga keseimbangan alam

Pagi yang indah itu..
pohon tetap berdiri
saujana mata memandang
betapa cemburu hati ini
melihat kau tetap berdiri utuh menjalini titah tuhanmu
tidak pernah kau mengeluh wahai pohon-pohonan
aku malu pada kalian

Pagi yang indah ..
aku malu
pada alam
gunung-ganang, sang matahari, awan, pelangi, air yang mengalir bahkan angin sepoi-sepoi bahasa
aku malu sungguh pada kalian
betapa kalian tetap bertasbih memuji asma maha Agung
sedangkan diriku jauh dari semua itu
tidak pernah kalian mengkhianati titah itu dengan maksiat
jauh berbeza dari diriku
aku malu

Pagi yang indah itu
butir-butir jernih luruh dari kelopak mata
aku malu
pada alam dan seisinya
aku terlalu malu
pada Dia
Hakikatnya Dia menyaksikan aku setiap detik
dia maha mendengar
aku terlalu malu
aku tidak setegar alam ini dalam sujud mereka padaMu
aku tewas dalam nafsu amarah
aku kalah dalam permainan licik musuh tradisiku
aku malu

Pagi yang indah
dan hujan pun mula mengundurkan diri
yang kelihatan hanya lah tanah yang basah
hati ini jua basah
taubatku padaMu
mahukah kau menerimanya?
aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang lalu
kerana hakikatnya aku tetap berbuat dosa berulang kali'
Syurga
dambaan hati
sebaik-baik kampung halaman yang abadi
Layakkah aku?

Pagi yang indah itu
menjadi saksi antara aku dan Dia

muhasabah cintaku











Wednesday, December 8, 2010

MEMORI

Assalamualaikum wbt

dalam perjalanan menuju ke alor setar baru-baru ni, minda saya tiba-tiba digigit ingatan. Ingatan terhadap insan-insan yang bernama sahabat. Mereka pernah menemani saya dalam perjalanan ini. Segala memori tersemat kukuh di hati.

Sahabat..kenapa kita bersahabat?
Entahlah. Mungkin secara fitrahnya kita memang memerlukan sahabat. Seperti kata-kata Intan, kawan lain, sahabat lain dan untuk mencari sahabat sangat susah. Tetapi kawan memang berselerakan.
Ada benar kata-kata Intan.

Secara tersirat, apa yang kita dapat lihat dari seorang sahabat. Sahabat adalah anugerah Allah. Ternyata Allah mencintai kita, diberikan kita seorang sahabat bagi menjalani kehidupan ini. Allah tidak ingin kita kesunyian lalu kita ada sahabat sebagai pengubat kesepian, Dia tidak mahu kita terus melakukan kesalahan, jadi dititipkan sahabat untuk menegur kita.

Sudahkah kita menerima sahabat kita seadanya. Biarpun dia jelek, kalau tidur mesti berdengkur, ataupun sudah seringkali menyakitkan hati.. Tetapi kalau dia mencintai kita kerana Allah, maka satu kemestian bagi kita untuk menerima dia seadanya dan menghargainya. Bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini!
Jangan menyesal satu hari nanti, andai  sahabat itu sudah berlalu pergi, ianya hanya tinggal MEMORI, dan kita mulalah mengenangi segala kebaikannya.

Memori itu..
Sahabat yang menemani saya di 'jalan ini' sering silih berganti. Salah satu faktor pemisah kami seperti statusnya sekarang sudah berubah kepada seorang zaujah dan saya masih lagi single. Itulah salah satu faktor yang menjarakkan kami. Bagaikan terbina 'baoundary' diantara kami. Kata orang, kalau sahabat kita sudah berkahwin, kita terpaksa merelakan bahawa kita telah kehilangannya.

Itu tidak jadi masalah. selagi kita masih teguh di 'jalan' ini, pasti Allah akan mengurniakan kita sahabat lagi. No worries,ok! Selagi kita bersungguh-sungguh mahu berada di jalan cinta para anbia dan kekasih Allah,pasti kita  akan ketemui sahabat sejati.

Ingat bahawa walau berapa jarak yang memisahkan kita dari sahabat, atau apa jua faktor pemisahnya, maka yakinlah bahawa pasti syurga lah tempat bertemu kembali. Reunion yang abadi adalah di Syurga nanti.

Moga Allah mempermudahkan pertemuan kita nanti. Jangan ada satu pun diantara kita yang tercicir dari Reunion nanti..

Doakan sahabatku, moga ukhwah ini berpanjangan. Ameen

Tuesday, December 7, 2010

Selamat tinggal 1431h..salam Maal Hijrah 1432h

Assalamualaikum wbt..

Terasa cepat masa berlalu..tik tok tik tok..sedar atau tidak.. sudah menjangkau garisan permulaannya tahun 1432 hijrah
Astaghfirullah..apa yang sudah dilakukan sepanjang hidup, sejak kita mula menyedari mengapa kita dihiupkan ..Sudah beberapa kali maal hijrah menyapa.. tetapi diri masih di takuk yang lama...masih menjadi manusia yang sama, dan nauzubillah, malang sekali jika makin teruk dari tahun ke tahun,makin jalan mendabik dada di atas muka bumi ini...Astaghfirullaha'lazim..


Hijrah? Apa yang kamu tahu tentang hijrah?
Adakah hanya sekadar tahu kisah mengenai seorang 'manusia agung ' berpindah dari makkah al-mukaramah ke yathrib? itu saja kah yang diketahui? 


Ambillah iktibar dari kisah hijrah...tidak ada satu pun kisah yang terjadi dalam sirah manusia yang digelar 'rahmatan lil alamin' tidak mempunyai mesej yang cuba disampaikan oleh Allah. Pasti ada!
Jangan belajar sejarah hanya sekadar untuk tahu..


H.I.J.R.A.H


selalunya ramai yang akan memberikan gambaran bahawa, ianya adalah satu perubahan. Hijrah? jawapan  paling common : perubahan menjadi lebih baik... 


B.E.R.U.B.A.H


Memetik kata-kata seorang pendakwah alias blogger kepada saifulislam.com, tiada perkara yang lebih susah daripada berubah dan ada orang yang sanggup 'hidup susah' kerana tidak sanggup berubah..
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita seorang yang rela untuk hidup susah dari berubah? Fikir-fikirkanlah.. moga setiap fikir membuahkan zikir.. zikrullah dan zikrulmaut...


A.N.A.L.I.S.A


Sekarang adalah masa untuk menganalisa diri, menganalisa diri sendiri, tidak perlu mempertajamkan mata menilai orang lain, padahal hakikatnya kita menjadi lebih lupa untuk memperbaiki diri lantaran mersakan diri lebih hebat dari orang dengan hanya selalu mencari-cari kesalahan manusia lain. Jujurlah pada diri. Apakah kelemahan diri. Di mana letaknya kekuatan diri. Sebelum analisa, muhasabahlah diri..Dari mana asal dan tempat kesudahan.Apakah tujuan hidup? Barulah anda perlu jujur menilai adakah diri ini  masih berada di landasan yang betul atau tidak. Nilai diri mu sebelum orang lain menilainya...


I.S.L.A.H


Sudahlah. Umur kita tidak panjang. Tidak perlu mencari ayat penyedap hati, 'Im still 20, so enjoy first..' Boleh jadi masa tidak mengizinkan kita berumur 21 atau seterusnya. Tidak perlu mencari alasan..Tidak mampu.. Tidak mampu atau tidak mahu?


Akhir kalam, Kemasukan ke 'Syurga Allah' adalah limited. Sangat terhad. Hanya untuk insan-insan HEBAT. Syurga Allah sudah tersedia untuk baginda S.A.W manusia yang paling sempurna, Abu Bakar al-siddiq, Umar si faruq, Thalhah si syahid yang berjalan, Saad si singa yang menyembunyikan kukunya dan insan-insan yang sangat hebat dan luar biasa. Insan biasa yang mampu menjadi luar biasa. Mereka mempunyai kekuatan luar biasa dalam bermujahadah, singa di siang hari & seorang Abid di malam hari.


Bagaimana dengan diri ini?
Qualified kah kita untuk ke syurgaNya?
the point is, tiket untuk ke Syurga adalah dengan menjadi manusia Hebat, Insan biasa, namun semangat dan usahanya luar biasa. mereka insan yang pelik sehingga di gelar ghuraba'. Mereka layak di beri award iaitu KeredhaanNya & SyurgaNya.


Berubah adalah satu pilihan atau kemestian? Ya, ia adalah satu Kemestian dan memerlukan kekuatan mujahadah yang luar biasa bagi mendidik hawa nafsu yang lebih cenderung kepada dunia.
Berubah bisa dijadikan pilihan oleh seseorang. Tetapi ingatlah, kegagalan untuk menjadikan perubahan & pengislahan diri sebagai perkara yang mesti, takut-takut Syurga tidak menjadi kemestian terhadap kita, dan harus pula memilih neraka!


Sesungguhnya, Allah tidak bisa merubah kita. (Surah 13:11)


Jalan mujahadah adalah pahit, tetapi menjanjikan kemanisan diakhirnya.. Kemanisan pada perakhiran iaitu Syurga.


Katakan TAK NAK pada nafsu amarah & iblis laknatullah, kita mampu merubahnya.


Fasa pengislahan diri dan mujahadah. Doakan..





mesti tonton: http://www.youtube.com/watch?v=KM5w7y_PGjI

Thursday, November 18, 2010

Madeehah

Assalamualaikum










This is madeehah and I..
This photo was taken last semestre break

Who is Madeehah?
My friend's daughter
2 years old
cute and smart girl...

Who is Madeehah?
I also can't describe it with words
but something I can say that I LOVE her very very much

I want her to know , 1 day, one of people that love her besides her parent is me..

Ammah sayang kamu!
tribute to Ukhti Balkhis..

Monday, October 25, 2010

Entri khas: Untukmu & diriku yang bergelar 'Pendakwah Muda'

Assalamualaikum w.b.t..

Semoga diri dan iman kalian sihat-sihat sahaja hendaknya...
Entri kali ini ditujukan kepada diri ini dan sahabat-sahabat yang sudah lama menemani saya di 'jalan ini' atau yang baru mengenali diri ini..Uhubbuki fillah ya ukhti..

Kita adalah 'pendakwah muda'..
kita masih muda dan baru nak mengenali seperti apa dunia ini...
Alhamdulillah, dengan hasil penelitian Nya, kita dipilih olehNya untuk tersentuh dengan tarbiyah ini..
Dan kita pun mula melakukan perubahan diri..
Dari 'pakaian yang vogue atau stylo' kita sudah mengenali 'kriteria berfesyen' seperti yang tercatat dalam surah an-nur,
Kalau dulu ipod yang menemani di waktu stress, tetapi kini al-Qur'an yang mententeramkan hati tatkala diri diuji..
Dari 'banyak ketawa' kepada 'banyak menangis' lantaran  rasa takut dan rindu untuk bertemu dengan Dia...

Bukan itu sahaja ukhti..

Masih ingatkah sewaktu kita di sapa satu perasaan aneh..
satu perasaan bimbang...
perasaan yang membuatkan 'kita' tidak dapat tidur dengan lena..
Bimbang tentang umat ini...

Umat ini... yang sudah pincang akhlaknya..sudah hilang arah tujuannya..
Hidup bagaikan binatang, yang hanya hidup sekadar memuaskan nafsunya sahaja...
di serang dari pelbagai sudut, sehingga tidak lagi bertuhankan 'Allah'

Perasaan bimbang ini melahirkan rasa kasihan dan simpati
Melihat 'mat rempit'& 'bohsia' di jalanan membuatkan kita ingin mendekati 'mereka'
'mengejutkan' mereka dari tidur yang panjang dan mengasyikkan...

Tetapi sungguh ukhti..
Dalam perjalanan yang jauh dan memenatkan ini..
Kadang rasa bimbang itu makin luntur dari kita
membuatkan kita makin kurang bekerja dan kadang-kadang ada sesuatu ketika hati kita dipenuhi dengan 'dunia'.. Astaghfirullah...
Runsinglah atas kehilangan kebimbangan terhadap umat ini...
Runsinglah di saat hati mu makin cenderung kepada dunia dan seisinya...
Runsinglah jika kita adalah pendakwah yang disibukkan dengan dunia melebihi dari mengingati Allah & berdakwah...

Astaghfirullah...

Jangan dilenturkan semangat MUDAmu... Kerana kita adalah pendakwah MUDA..
Ayuhal Syabab!
Muda itu mengandungi satu semangat yang kuat...

Orang MUDA tidak boleh hilang semangat, orang TUA jangan kehilangan hikmah!

''Selonggok manusia dalam kesesatan, siapa yang mengaku mahu bertanggungjawab? Jika tidak ada yang mahu bertanggungjawab...biarlah saya yang menanggungnya samada sebahagian atau kesemuanya."
~Ustaz Rahmat Abdullah~
-Sang Murabbi, mencari spirit yang hilang.

Jazakumullah khairan khatira for reading this entry!

Tuesday, October 12, 2010

7 sunnah Rasulullah yang harus dijaga setiap hari!

1. Tahajud ; kemuliaan seseorang terletak pada tahajudnya.

2. Tilawah al-Qur'an sebelum terbit matahari.

3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu subuh;masjid merupakan pusat keberkahan

4. Solat sunat Dhuha; memurahkan rezeki.

5. Sedekah

6. Menjaga wudhuk; dijaga malaikat dengan 2 doa: ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.

7. Istighfar setiap saat.


Selamat beramal!

Thank you for reading this entry!





7 sunnah Rasulullah yang harus dijaga setiap hari!

1. Tahajud ; kemuliaan seseorang terletak pada tahajudnya.

2. Tilawah al-Qur'an sebelum terbit matahari.

3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu subuh;masjid merupakan pusat keberkahan

4. Solat sunat Dhuha; memurahkan rezeki.

5. Sedekah

6. Menjaga wudhuk; dijaga malaikat dengan 2 doa: ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.

7. Istighfar setiap saat.


Selamat beramal!

Thank you for reading this entry!





7 sunnah Rasulullah yang harus dijaga setiap hari!

1. Tahajud ; kemuliaan seseorang terletak pada tahajudnya.

2. Tilawah al-Qur'an sebelum terbit matahari.

3. Jangan tinggalkan masjid terutamanya waktu subuh;masjid merupakan pusat keberkahan

4. Solat sunat Dhuha; memurahkan rezeki.

5. Sedekah

6. Menjaga wudhuk; dijaga malaikat dengan 2 doa: ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.

7. Istighfar setiap saat.


Selamat beramal!

Thank you for reading this entry!





Thursday, October 7, 2010

Tahajud

Astaghfirullahala'zim....

Sekarang makin susah untuk saya bangun sepertiga malam bagi menunaikan tahajud..entah lah kenapa....
Mungkin terlalu banyak dosa dan kemaksiatan yang dilakukan, sehinggakan Allah tidak memilih saya untuk bertaqarub kepadanya...Sedihnya... 

Hari-hari dalam hidup yang dilalui tanpa dimulai dengan tahajud di sepertiga malam terasa kosong dan tawar..tiada kemanisan.. Sesekali masalah dengan manusia menyapa...kalau diri ditimpa masalah dengan manusia, di sebaliknya adalah natijah dari hubungan dengan Allah yang tidak terjaga...

Jagalah Allah nescaya Dia menjagamu...
Ya Allah aku hamba yang jauh darimu...
Ampuniku Ya Allah..

Carilah hatimu di tiga tempat: Ketika solat, membaca al-Qura'n dan ketika mengingati mati..
Jika dengan ketiga-tiga perkara masih belum bisa memulihkan hatimu, mohonlah hati yang baru dari sang pemilik hati...

Fasa pemulihan hati!
Doakan!

Jazakumullah hu khair bagi yang sudi membaca entri kali ni..

Thursday, September 30, 2010

Tarbiyah individu vs Tarbiyatul Aulad

 Saya nak berkongsi tentang budak kecik yang saya dah anggap macam anak sendiri, comel macam umminya, selalu tersenyum menyambut kami di pintu rumahnya tatkala kami bertandang ke rumahnya..
Namanya Madeehah, hadir dalam hidup kami sudah lebih setahun, pengubat lara kami, penghibur di kala kesunyian,anugerah Dunia yang tak ternilai buat kami...

  Ammah sayang kamu Madeehah,macam anak sendiri(walaupun belum ada anak) bulan oktober ni, genaplah umur kamu 2 tahun... Umur ammah kamu ni dah 22 tahun...Ntah la...Setiap kali melihat ukhti Balkhis membelai dan meleyani kerenah Madeehah, kadang timbul dalam hati susahnya nanti kalau ada anak..tetapi betapa banyak pahala yang Allah berikan setiap susu yang mengalir tubuh kecil itu, dan setiap didikkan mengajarkan do and don'ts dalam kehidupan dan yang lebih susah adalah bukanlah menjadikan dia sebagai 'anak' tetapi misi yang sebenarnya adalah melahirkan seorang mujahid dan mujahidah yang bakal mengemban dakwah satu masa nanti...

Saya sekarang? Cuba mendidik diri dengan tarbiyah islami selain mendidik rakan-rakan IPT untuk membentuk diri dengan acuan al-Qur'an dan Sunnah..

Senang cerita, tarbiyah individu membentuk individu muslim..
Persoalannya, tarbiyah individu vs tarbiyatul aulad ( anak)..
Yang mana lebih susah?
Yang mana lebih memerlukan pengorbanan dan persediaan iman?
Saya pasti ramai yang sudah tahu jawapannya..
Saya tinggalkan anda dengan 'fikirlah sendiri'...
Menjadi murabbi kepada teman-teman yang sebaya atau adik-adik...tidaklah sesukar menjadi seorang ibu kepada  anak-anak. Proses memahamkannya tentang misi hidupnya dan membentuk dirinya sesuai dengan acuan Allah adalah sukar tetapi tidak mustahil..

Walaupun misi seorang murabbi dan seorang ibu adalah hampir sama, tetapi saya merasakan menjadi seorang ibu dan memfungsikan peranannya dalam sebuah keluarga amat sukar..

Akhir di entri ini, saya mahu semua daie yang masih bujang memikirkan bersama-sama, apakah kita sudah siap untuk menjadi ibu jika kita masih lagi belum siap dan mahir dalam membentuk manusia sesuai dengan acuan yang sebenar? Atau fikirkan... Adakah kita sudah berjaya medarah-dagingkan Islam bukan sahaja dalam perkataan tetapi dalam segenap kehidupan harian kita...? Sudahkah peribadi kita mencerminkan Islam yang sebenar...

realitinya, menjadi Ibu itu jauh lebih sukar dari menjadi seorang murabbi...jadi.. Alam perkahwinan itu jauh lebih sukar dari bersendirian...Tetapi bukanlah bermaksud kita tak perlu berkahwin atau takut-takut bahkan phobia untuk berkahwin..Tetapi..Persiapkan lah diri kita sebaik-baiknya...

Untuk sebuah perkahwinan, cuba fikirkan...Kenapa saya berkahwin?
Memasuki 'Gerbang perkahwinan' bermaksud kita sudah siap menjadi ibu...
Jangan dilihat kepada faktor umur atau melihat kepada faktor persekitaran bahkan kepada faktor 'sukarnya bermujahadah'..maka kita pun mengambil keputusan untuk berkahwin...Kalau itulah pertimbangannya..Ternyata kita belum matang dalam berfikir...

Fikirkan tentang diri kita.. Sudah siapkah untuk melalui jalan yang lebih mencabar...
Kalau belum siap.. Berjalanlah atau mengembaralah mensiapkan diri dengan ilmu dan latihan..
Salah satu latihannya adalah dengan berdakwah... Cuba membentuk individu menjadi lebih soleh..Sudahkah kita beraksi di medan dakwah ( Halaqah, taklim dan ziarah) dengan sebaiknya...
Salah satu latihan lagi adalah....Sudahkah merasakan Madeehah itu anak kita? instead of..Kak Balkhis kan ummi madeehah...Biarlah dia sorang saje yang mendidik madeehah...Tahukah kita juga terlibat dalam perbentukan peribadinya? Yup.. Kerana kita adalah persekitarannya...Tanggungjawab kita bagi merasai dan menjiwai bahawa anak akhwat adalah anak ku..

Jangan ditunggu lagi...Mari persiapkan diri...

Perkara-perkara yang pelu diperhatikan ketika bersama dengan kanak-kanak:
1. berilah contoh sebaiknya kepada dia..Kanak-kanak belajar dari apa yang dia lihat dan perhatikan..
2. Ajarkan dan biasakannya dengan perkara yang betul...Sebagai contoh... basuh tangan sebelum makan, bersalam dengan seiapa sahaja bila bertemu...dan banyak lagi..
3. Perhatikan perkembangannya dan beritahulah ibunya.. Sebagai contoh.. Dia dah mula pandai bermain seorang diri... Mula bergaduh dengan yang sebaya dengannya.. Atau apa sahaja perkembangannya.. 

dll

Sekian sahaja.. Mari menjadi seorang Ummi.. Mulakan dengan unit yang kecil..
Wallahu'alam


Saturday, September 25, 2010

keRINDUan


kesunyian singgah sebentar di hati...
rindu benar rasanya..
rindu yang menusuk jauh ke dalam hati..

rindu pada peringatan, sentuhan, kemesraan..
salah kah rasa rindu ini?
rindu pada manusia...
ketahuilah sesungguhnya rindu ketika ini..
Adalah kerinduan kepada sahabat-sahabatku

sahabat yang bagaimana?
yang pasti..
mereka lah sahabat2 yang tidak hanya menjanjikan kenikmatan Dunia,
mereka lah sahabat yang saling menguatkan antara satu sama lain,
yang mengingatkan tentang janji Allah itu benar,
yang tetap ada di waktu futur,
mengingatkan tentang bahawa Allah itu sangat suka kepada orang-orang 
membersihkan diri dengan bertaubat

bukan sahaja
sahabat di waktu 'shopping time', 'RFC' dan juga 'secret recipe'..

Ukhti, ana rindu antum semua..
walaupun siapa diri antum, ana terima antum seadanya.
'kenangan yang terindah kita' pastilah ketika di MABIT, DAURAH dan HALAQAH..
Umar mencintai dua perkara di dunia ini : Solat & bersesak-sesak dengan ikhwan..

rindu ini bukan disease..
rindu ini petanda kita masih sihat..
jangan tiada rindu antara kita...
kerana UKHWAH ini adalah kerana Allah

Terima kasih ya ALLAH
mengikat hati-hati kami...

tribute to my akhwat :
 Balkhis Hamid(luv akak!), Ashida Ahmad, Farah Alina, Fayad, My cutie adik2: Suezna, Norafiza, Khairul Raimi, Amni Nadira, Anis,Fizah, Fatin Elina, Syida Farhan, Salmizana, Fatimah, Fiza, Shema, Fazhela, akhwat IPP (hikmah & Anum terutamanya), ISMA perlis, akhwat UUM ( Atikah,Syakira, Jaa & Azi terutamanya), akhwat USM ( kak Ain Manan & Kak Masyitah terutamanya) and all akhwat ISMA...Tidak lupa juga kepada semua murobiah saya pernah mendidik saya!

Doakan Ukhwah ini kekal sampai ke syurga..
Ameen

Saya
RINDU
antuna...

gambar walimah kak Aini













Sunday, August 22, 2010

'recharge' Hidayah Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Salam w.b.t...

salam iman,islam & ehsan untuk semua...
Alhamdulillah untuk kali ke berapa ntah Allah masih lagi tidak jemu-jemu mengetuk hati saya ini dengan HIDAYAH NYA... subhanallah....terasa dibelai lembut dengan sentuhan kasih Allah...
Kenapa saya taip untuk kali ke berapa KALI? ada yang cuba menjawab? teett..TIMES UP! hehe
Di sini saya merasakan sudah berkali-kali hati saya 'terketuk' dengan teguran, peringatan Allah.. Yup... Allah sang MAHA CINTA, yang mendahului CINTA NYA kepada hamba2nya di setiap helaan nafas manusia.. aliran darah di dalam arteri manusia walau hakikatnya manusia itu sangat sombong...sombong untuk tetap sujud mentaatiNYA...

Teguran dari Allah tetapi melalui perantaraan manusia...

 A: dah solat ke?... solat la dulu, dah 2.30ptg ni. Baru la sambung study...
B : Kejap la... aku nak siapkan sikit lagi keje aku nih...

Nampak simple kan? Ini kan teguran dari Allah...DIA sentiasa mahukan hambaNYA selamat..
Ini satu contoh.. mungkin dalam kehidupan harian kita.. kita sudah banyak kali menerima teguran.. tetapi tidak diendahkan.. sukarkah merendah keegoan untuk memperbaiki diri menjadi lebih sempurna?..
Teguran dari Allah, tetapi melalui perantaraan manusia. Kita mungkin sering kali cepat melatah apabila ditegur... Mungkin perlu diperbetulkan di sini... 'aku terima apa sahaja teguran, dari siapa dan dalam bentuk apa sekali pun ( penghinaan, marah atau perli..) kerana ini satu cara Allah memperbetulkan kita...

Ok...bercakap tentang Hidayah ALLAH.. baru ni alhamdulillah, saya masih berkesempatan datang 'recharge' ke esq 165, sebenarnya nak temankan kakak, nakjumpa abang sekali kat UiTM shah alam... Tetapi,subhanallah Allah menjanjikan yang lebih baik dari itu...'Hidayah-Nya' yang entah berapa kali menyapa saya... 

Pengalaman saya di training esq... sangat bermakna dalam hidup dan tak kan saya lupakan...Tangisan semua yang berada dalam dewan SACC, shah Alam, seolah-olah baru mengenal Allah...seakan2 tangisan anak-anak kecil yang sangat memerlukan jagaan orang tuanya...

 Pernahkah kita menangis teresak-esak menangisi keegoan kita selama ini di Hadapan Allah? Sudahkah kita benar2 mengenali Allah? Apa yang kita tahu tentang Allah selain DIA yang menciptakan kita dan apa lagi? Yakin kah kita akan ada satu masa nanti kita akan bertemu dengan Allah? Mari bermuhasabah.. Tanpa cinta kepada Allah yang ditinggikan di dalam hati, kita akan menjadi manusia yang hina, sehina-hinanya.

Apa guna mata, jika tidak mahu melihat kebesaran Allah, apa guna telinga jika tidak mampu memahami ayat2 Allah... Dan 

APA guna hati jika tidak mampu merasa?

ESQ adalah satu jalan membawa anda kepada Allah, ada banyak jalan lagi.. tetapi sudah kah kita menjadi orang2 yang bersungguh mencari Hidayah Allah..? Kalau pernah kita disapa oleh Hidayah Allah, sudah kah kita 'recharge' hidayah itu?

Sensitiflah jika hati ini sudah tidak mampu sensitif terhadap apa sahaja maksiat dan dosa...
Ayuh, cari Hidayah Allah dan 'reharge'lah...








Sunday, August 15, 2010

Memaksimalkan RAMADHAN

Salam Ramadhan kareem untuk semua....

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang saya ambil dari buku ' Nasihat Ramadhan Orang2 soleh'
Beberapa nasihat yang saya kira cukup berguna untuk kita dalam mengambil hikmah Ramadhan dari salaful soleh..

Mari sama2 maksimumkan Ramadhan ini...

Antaranya..
1. Berusahalah semaksimum mungkin untuk bermuhasabah diri dengan meningkatkan amal2 kita, mengulangi dan memperbaiki sbg bekal menghadap yang maha Esa.
2. Berusaha menjaga dan kosistensikan solat terawih secara berjemaah. " Siapa yg solat bersama sampai imam berhenti, maka akan dicatat untuknya seperti mendirikan solat sepanjang malam." Sabda Baginda s.a.w.
3. Bertekad untuk melanjutkan perbuatan2 baik yang dibiasakan saat Ramadhan walaupun setelah Ramadhan berakhir.
4. Sesungguhnya,bulan ini adalah bulan ibadah dan amal, bukan untuk memperbanyakkan tidur dan bermalas-malasan.
5. Berusaha melakukan qiammullail pada 10 malam terakhir, kerana pada malam2 itu adalah malam yang memiliki keutamaan di mana lailatul qadr akan turun.
6. Lakukan iktikaf di masjid, meskipun hanya beberapa jam..

6 nasihat ini merupakan sebahagian dari nasihat guna bagi memanfaati Ramadhan...

Selamat memanfaati Ramadhan...

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan 1431h

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan 'Salam Ramadhan'...
hmm...sekarang dah masuk hari kelima puasa Ramadhan.. Alhmadulillah.. semalam sempat berbuka di rumah syida jeng,jeng,jeng...jazakillah hu khair pada semua yang terlibat iftar semalam. Sahur pun di rumah Syida juga...




hari kelima Ramadhan, rasanya dah boleh evaluate, bagaimana semangat kita dalam menyambut Ramadhan,Makin meningkat atau kian merudum seiring dengan pertambahan hari... terawih bagaimana? Qiammullail? Tadarus..ayuh koreksi bersama..Masih ada banyak hari di bulan Ramadhan untuk dimanfaati...
Mintalah pada Allah supaya diberikan semangat dan keghairahan dalam menyambut Ramadhan.
Ayuh...
'Ramadhankan HIDUPmu'