Wednesday, December 8, 2010

MEMORI

Assalamualaikum wbt

dalam perjalanan menuju ke alor setar baru-baru ni, minda saya tiba-tiba digigit ingatan. Ingatan terhadap insan-insan yang bernama sahabat. Mereka pernah menemani saya dalam perjalanan ini. Segala memori tersemat kukuh di hati.

Sahabat..kenapa kita bersahabat?
Entahlah. Mungkin secara fitrahnya kita memang memerlukan sahabat. Seperti kata-kata Intan, kawan lain, sahabat lain dan untuk mencari sahabat sangat susah. Tetapi kawan memang berselerakan.
Ada benar kata-kata Intan.

Secara tersirat, apa yang kita dapat lihat dari seorang sahabat. Sahabat adalah anugerah Allah. Ternyata Allah mencintai kita, diberikan kita seorang sahabat bagi menjalani kehidupan ini. Allah tidak ingin kita kesunyian lalu kita ada sahabat sebagai pengubat kesepian, Dia tidak mahu kita terus melakukan kesalahan, jadi dititipkan sahabat untuk menegur kita.

Sudahkah kita menerima sahabat kita seadanya. Biarpun dia jelek, kalau tidur mesti berdengkur, ataupun sudah seringkali menyakitkan hati.. Tetapi kalau dia mencintai kita kerana Allah, maka satu kemestian bagi kita untuk menerima dia seadanya dan menghargainya. Bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini!
Jangan menyesal satu hari nanti, andai  sahabat itu sudah berlalu pergi, ianya hanya tinggal MEMORI, dan kita mulalah mengenangi segala kebaikannya.

Memori itu..
Sahabat yang menemani saya di 'jalan ini' sering silih berganti. Salah satu faktor pemisah kami seperti statusnya sekarang sudah berubah kepada seorang zaujah dan saya masih lagi single. Itulah salah satu faktor yang menjarakkan kami. Bagaikan terbina 'baoundary' diantara kami. Kata orang, kalau sahabat kita sudah berkahwin, kita terpaksa merelakan bahawa kita telah kehilangannya.

Itu tidak jadi masalah. selagi kita masih teguh di 'jalan' ini, pasti Allah akan mengurniakan kita sahabat lagi. No worries,ok! Selagi kita bersungguh-sungguh mahu berada di jalan cinta para anbia dan kekasih Allah,pasti kita  akan ketemui sahabat sejati.

Ingat bahawa walau berapa jarak yang memisahkan kita dari sahabat, atau apa jua faktor pemisahnya, maka yakinlah bahawa pasti syurga lah tempat bertemu kembali. Reunion yang abadi adalah di Syurga nanti.

Moga Allah mempermudahkan pertemuan kita nanti. Jangan ada satu pun diantara kita yang tercicir dari Reunion nanti..

Doakan sahabatku, moga ukhwah ini berpanjangan. Ameen

0 comments:

Post a Comment